Privacy Policy (BM)

NOTIS PRIVASI

Scicom (MSC) Berhad (Nombor Syarikat 597426-H) (“kami” atau “SCICOM” sebagaimana yang dikehendaki oleh konteks) komited untuk melindungi dan menghormati privasi anda serta memastikan bahawa Data Peribadi diproses selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (“APDP”) dan peraturan yang berkaitan.

Notis Privasi ini (Bersama dengan terma penggunaan laman web kami dan sebarang dokumen lain yang dirujuk di dalamnya) menetapkan asas bagaimana sebarang data peribadi atau data peribadi sensitif yang kami kumpulkan daripada anda, atau yang anda berikan kepada kami, akan diproses oleh kami.

DEFINISI

Bagi tujuan APDP dan Notis Privasi ini:

“Pengawal Data” bermaksud SCICOM dan/atau mana-mana anak syarikat, ejen atau pekerja SCICOM dari semasa ke semasa, di mana SCICOM menentukan tujuan dan kaedah pemprosesan Data Peribadi;

“Pemproses Data” bermaksud SCICOM apabila SCICOM memproses Data Peribadi bagi pihak ketiga menurut pengaturan kontrak dan arahan yang didokumenkan;

“Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat berhubung dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut termasuk sebarang data peribadi sensitif dan pernyataan pendapat tentang individu tersebut, sama ada diproses melalui cara automatik atau sebaliknya, sebagaimana ditakrifkan di bawah APDP;

“Data Peribadi Sensitif” bermaksud apa-apa data peribadi yang terdiri daripada maklumat mengenai kesihatan fizikal atau mental atau keadaan seseorang subjek data, pandangan politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang seumpamanya, perlakuan atau dakwaan perlakuan oleh beliau terhadap mana-mana kesalahan, data biometrik, atau mana-mana data peribadi lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, sebagaimana ditakrifkan di bawah APDP;

“Laman Web” termasuk www.scicom-intl.com atau mana-mana laman web, feed atau aplikasi telefon yang dikendalikan oleh SCICOM.

STATUS SCICOM

Bergantung kepada sifat aktiviti pemprosesan:

  1. SCICOM bertindak sebagai Pengawal Data berhubung Data Peribadi yang dikumpulkan secara langsung daripada individu termasuk pekerja, pemohon, vendor, rakan perniagaan dan pengguna laman web; dan
  2. SCICOM bertindak sebagai Pemproses Data apabila ia memproses Data Peribadi dengan ketat bagi pihak kliennya menurut perjanjian kontrak.

Apabila SCICOM bertindak sebagai Pemproses Data, klien yang berkaitan kekal sebagai Pengawal Data. SCICOM mematuhi kewajipan statutori yang terpakai kepada kedua-dua Pengawal Data dan Pemproses Data di bawah APDP.

1. Maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda

1.1. Kami boleh mengumpul dan memproses Data Peribadi berikut:

  1. Butiran pengenalan (seperti nama, nombor NRIC/paspot, maklumat hubungan);
  2. Maklumat yang anda berikan melalui ruangan input dalam Laman Web, termasuk maklumat pekerjaan dan pengambilan pekerja;
  3. Maklumat kewangan dan pengebilan;
  4. Data teknikal termasuk alamat IP, jenis pelayar dan data sistem;
  5. Rekod komunikasi dan surat-menyurat;
  6. Data Peribadi Sensitif di mana dibenarkan oleh undang-undang

1.2. Data Peribadi boleh dikumpulkan oleh SCICOM melalui pelbagai saluran termasuk

  1. secara langsung daripada anda melalui Laman Web, borang elektronik, telefon, e-mel, surat- menyurat bertulis atau saluran komunikasi lain;
  2. semasa proses pengambilan pekerja, permohonan pekerjaan, permintaan perkhidmatan, penglibatan kontrak atau interaksi lain dengan SCICOM;
  3. daripada pihak ketiga yang diberi kuasa termasuk agensi pengambilan pekerja, penyedia perkhidmatan, penyedia analitik, rakan perniagaan, klien atau pihak berkuasa kawal selia, di mana pihak tersebut mengumpul maklumat bagi pihak kami atau menyediakan maklumat yang diperlukan untuk memudahkan perkhidmatan yang diminta oleh anda; atau
  4. daripada sumber yang tersedia kepada umum di mana dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

1.3. Di mana Data Peribadi diperoleh daripada pihak ketiga, SCICOM akan mengambil langkah untuk memastikan data tersebut telah dikumpulkan dan didedahkan selaras dengan undang-undang yang terpakai.

1.4. Di mana dinyatakan, adalah wajib untuk anda memberikan Data Peribadi yang diminta bagi membolehkan SCICOM meyediakan perkhidmatan, memproses permohonan atau memenuhi kewajipan kontrak. Kegagalan memberikan Data Peribadi tersebut boleh menyebabkan SCICOM tidak dapat meneruskan permintaan atau transaksi yang berkaitan.

2. Bagaimana kami menggunakan Data Peribadi anda

2.1. Data Peribadi boleh diproses bagi tujuan termasuk:

  1. untuk memproses pentadbiran permohonan pengambilan pekerja dan pekerjaan anda, yang mungkin termasuk perkongsian maklumat anda dengan organisasi rakan kongsi berkaitan proses pengambilan;
  2. untuk pelaksanaan kewajipan kontrak;
  3. membolehkan anda mengambil bahagian dalam penyediaan perkhidmatan kepada klien serta membolehkan penyertaan dalam ciri interaktif perkhidmatan dan platform kami apabila anda memilih untuk berbuat demikian;
  4. memastikan pematuhan terhadap keperluan peraturan;
  5. pentadbiran dalaman dan tadbir urus;
  6. pentadbiran sistem, pengurusan laman web dan memastikan kandungan daripada Laman Web atau platform kami dipaparkan secara berkesan kepada pengguna dan peranti mereka;
  7. menjawab pertanyaan dan memaklumkan anda tentang perubahan kepada perkhidmatan kami;
  8. menyediakan kemas kini, maklumat dan komunikasi berkaitan perkhidmatan kami termasuk komunikasi pemasaran atau promosi di mana persetujuan telah diperoleh;
  9. sebarang tujuan lain yang berkaitan secara langsung dengan perkara di atas; dan
  10. memaklumkan anda (dengan persetujuan anda) melalui cara elektronik atau cara lain mengenai maklumat berkaitan peluang pembiayaan, penajaan atau perkhidmatan dan produk yang kami fikir mungkin menarik minat anda.

2.2. SCICOM memproses Data Peribadi hanya apabila dibenarkan di bawah PDPA termasuk apabila:

  1. persetujuan telah diperoleh;
  2. pemprosesan diperlukan untuk pelaksanaan kontrak;
  3. pemprosesan diperlukan bagi mematuhi kewajipan undang-undang;
  4. pemprosesan diperlukan untuk melindungi kepentingan penting individu; atau
  5. pemprosesan sebaliknya dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.

2.3. Apabila SCICOM bertindak sebagai Pemproses Data:

  1. Data Peribadi akan diproses hanya berdasarkan arahan yang didokumenkan daripada Pengawal Data yang berkaitan;
  2. kewajipan kerahsiaan terpakai kepada kakitangan yang diberi kuasa;
  3. perlindungan pentadbiran, teknikal dan organisasi yang sesuai dilaksanakan;
  4. SCICOM akan memaklumkan Pengawal Data yang berkaitan tanpa kelewatan yang tidak munasabah setelah menyedari berlakunya Pelanggaran Data Peribadi; dan
  5. SCICOM akan memberikan bantuan yang munasabah bagi membolehkan Pengawal Data mematuhi kewajipan statutori.

2.4. SCICOM melaksanakan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi daripada pemusnahan, kehilangan, perubahan, pendedahan tanpa kebenaran atau akses secara tidak sah.

2.5. Sekiranya berlaku Pelanggaran Data Peribadi, SCICOM akan segera menilai sifat, skop dan impak pelanggaran tersebut serta mengambil langkah pembendungan dan pemulihan yang sesuai. Jika pelanggaran tersebut berkemungkinan menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada individu yang terjejas, SCICOM akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan, jika berkenaan, individu yang terjejas dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah APDP.

2.6. Tinjauan dan Penambahbaikan Perkhidmatan – Apabila anda menggunakan Laman Web atau perkhidmatan kami, SCICOM boleh menjemput anda untuk menyertai tinjauan atau inisiatif maklum balas bagi membantu kami menambah baik perkhidmatan kami. Penyertaan dalam tinjauan tersebut adalah secara sukarela.

2.7. Pendedahan yang Dikehendaki oleh Undang-Undang – SCICOM boleh mendedahkan Data Peribadi jika diperlukan untuk mematuhi undang-undang, peraturan, proses undang-undang atau permintaan daripada pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang.

3. Berkomunikasi dengan anda

3.1. Data Peribadi yang dikumpulkan berkaitan sebarang permohonan pekerjaan boleh termasuk butiran pengenalan, maklumat perhubungan, nama anda, maklumat perubatan, latar belakang pendidikan dan maklumat imigresen.

3.2. SCICOM telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data (Data Protection Officer) yang bertanggungjawab untuk mengawasi pematuhan terhadap APDP.

3.3. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Notis Privasi ini, penggunaan Data Peribadi anda, atau ingin melaksanakan hak anda, anda boleh menghubungi:

Data Protection Officer
SCICOM
Tingkat 25, Menara TA One
22 Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: pdpa@scicom.com.my

4. Pendedahan Data Peribadi

Data Peribadi boleh didedahkan kepada:

  1. anak syarikat dan syarikat berkaitan SCICOM;
  2. penyedia perkhidmatan dan vendor yang dilantik oleh SCICOM;
  3. rakan perniagaan dan klien di mana SCICOM dikehendaki menyediakan perkhidmatan;
  4. penasihat profesional;
  5. pihak berkuasa kawal selia atau kerajaan jika dikehendaki oleh undang-undang.

Semua pendedahan tertakluk kepada perlindungan yang sewajarnya.

5. Alamat IP, ‘cookies’ dan pautan

5.1. Kami boleh mengumpul maklumat mengenai komputer anda, termasuk, jika tersedia, alamat IP, sistem pengendalian dan jenis pelayar bagi tujuan pentadbiran sistem dan analisis. Maklumat ini tidak mengenal pasti anda secara peribadi.

5.2. SCICOM boleh menggunakan kuki (cookies). ‘Cookie’ adalah sejumlah kecil data yang disimpan di komputer anda dan yang didedahkan kepada SCICOM apabila anda menggunakan Laman Web atau rangkaian kami. Kuki digunakan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan fungsi. Anda boleh mengkonfigurasi pelayar web anda supaya tidak menerima kuki, namun ini mungkin menyekat kefungsian rangkaian untuk anda.

5.3. Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. SCICOM tidak mempunyai kawalan ke atas laman web tersebut dan tidak bertanggungjawab terhadap perlindungan dan priviasi sebarang maklumat yang anda berikan sewaktu melayari laman web tersebut.

6. Hak anda untuk meminta melihat maklumat yang kami pegang mengenai anda

6.1. Anda boleh meminta akses kepada Data Peribadi yang kami simpan mengenai anda dengan menghubungi SCICOM di alamat yang dinyatakan dalam seksyen 3.3 di atas. Bayaran yang munasabah mungkin dikenakan selaras dengan Peraturan APDP.

6.2. Jika anda meminta kami berbuat demikian, kami akan mengambil langkah untuk membetulkan sebarang Data Peribadi yang anda maklumkan kepada kami sebagai tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk. Anda bertanggungjawab memastikan Data Peribadi yang anda berikan adalah tepat dan terkini. Jika anda memberikan Data Peribadi berkaitan individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah memperoleh persetujuan atau kuasa yang diperlukan daripada individu tersebut.

6.3. Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi SCICOM menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan dalam Seksyen 3.3 Notis Privasi ini, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang atau kontrak yang berkenaan.

6.4. Jika terpakai di bawah APDP, anda boleh meminta supaya Data Peribadi anda dipindahkan kepada pengawal data lain. SCICOM akan menilai permintaan tersebut selaras dengan undang-undang yang terpakai termasuk pengesahan identiti dan kebolehlaksanaan pemindahan data yang diminta secara selamat.

7. Penyimpanan dan Keselamatan Data

7.1. SCICOM mengambil langkah munasabah untuk melindungi Data Peribadi daripada penyalahgunaan, kehilangan, akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau pendedahan. Data Peribadi boleh disimpan secara elektronik atau dalam rekod fizikal.

7.2. Data Peribadi akan disimpan hanya selama yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang, kawal selia atau kontrak. Apabila Data Peribadi tidak lagi diperlukan, ia akan dimusnahkan atau dianonimkan dengan selamat.

8. Pemindahan Data Rentas Sempadan

Jika perlu bagi tujuan operasi atau penyampaian perkhidmatan, Data Peribadi boleh dipindahkan ke luar Malaysia. SCICOM akan mengambil langkah munasabah untuk memastikan pemindahan tersebut mematuhi APDP dan perlindungan yang sewajarnya dilaksanakan.

9. Perubahan kepada Notis Privasi ini

SCICOM boleh meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi yang dikemas kini akan diterbitkan di Laman Web.